Total Pageviews

Wednesday, December 29, 2010

Seni Fotografi?

Seni ke bernasib baik?
Aku pun tak tahu.Tapi nak kata disengajakan,ini mustahil.

Bayangkan anda ikan itu.

Superman!(Kalau jatuh ni mati aku.)

Wah.Tayar memberi momentum kepada  motosikal untuk dilancarkan.

Mak nak tangan baru!


Aslinya gambar-gambar bukan milik penulis.Tetapi fotografer bertuah ini sangat saya sanjung ; )

Monday, December 27, 2010

Renaissance'

Seperti entri sebelum ini,masaalah yang kelihatan besar,sebenarnya hanyalah sangat minor,
dan memiliki resolusi yang sangatlah kecil.
Ya,memang ada terasa impak,kerana kami tidak jauh antara satu sama lain.
Saat resolvansi sebentar telah melegakan semua pihak.
Rupanya,ada pihak yang cuba menimbulkan pertelagahan dengan menimbulkan isu-isu cliche'.
Mungkin mereka fikir "perang senyap" berjaya di isytiharkan,tetapi tidak.

Kerana?


Tidak ada rahsia antara kami.

Sunday, December 26, 2010

Siapa Kenal

Siapa kenal Jimmy Lee?
Siapa kenal Manggis?
Siapa kenal Sergio Aragones?
Siapa kenal Dato' Lat?
Ya mereka adalah muse bagi sesiapa yang dikenali meluas dengan karya-karya bebas-plagiarisme sekarang.
Da n ada satu apek Malaysia mari sudah setaraf dgn mereka.
Yeah.

p/s : Malaysia lawan Indonesia tadi,kita menang 3-1.
Saya bangga jadi anak Malaysia.
(Walaupun bukan sepenuhnya Melayu).

Saturday, December 25, 2010

Waa Sudah Lama Update Tak Tercetus.Maaf.

Hoho.maaf semua.Mohammad Zulkiflie sudah lama tak update blog.
Bukan la apa.Aku sangat lah sibuk menyelenggara kaosme hidup sebagai pelajar kolej biasa.
"Ahh kau internet lembab sempat je kau buat alasan." Sindir hati kecil sendiri.
Aku merupakan jenis yang kurang memikirkan masalah-masalah remaja,kerana bagi aku,masalah
yang jauh lebih besar(mungkin tak besar mana) sedang membelenggu,lagi pula yang sedang menunggu.
Tapi yelah.Sebesar-besar sarang semut tu,takkan lah tak ada seekor pun yang terkena hujan kan.
Haii...
Walaupun aku rasa aku agak jauh ke depan,(perasan la kau),
kadang-kadang,behaviourisme dalam sesetengah figura humanistik agak payah untuk ditelan oleh jiwa yang lain.
Yeah,hairan luarannya agak mengikut norma lelaki-budak Nusantara urban yang biasa,
tetapi dalamannya terdapat sensitiviti feminin keterlaluan (sedikit)  memberi kesan seperti depresi kepada aku.
Ya walaupun aku faham mengapa,tetapi dengan had spiritual yang masih terkekang dengan batas umur,
Aku tidak dapat mengelak dari merasai,dan memandang sambil tersenyum menggeleng.

Cerita tikam belakang-depan-kiri-kanan.Dah macam betina lah pundek.

p/s : Nampak gaya ni macam pos aku yang paling panjang.Hahaha.
(Gelak sinikal menghina diri sendiri).

Wednesday, December 15, 2010

Sedikit Reparasi Teknologi dan Manusia

Dengan entri-entri sebelum ni yang serius dan anarkik,
Aku rasa kepala aku juga memerlukan sedikit kelegaan.
Walaupun rasanya tak ada pun mana-mana reaksionari kayu yang terusik dengan apa-apa yang aku cakap,pedulikan.
"Dah ko ni melalut je manjang macam la orang kisah sangat.Haha."Sambil menaip aku bermonolog.
Okeh.Teknologi.Orang sekarang,pelik-pelik.
Ada yang bodoh guna benda bijak,ada yang bijak bina benda bodoh.

Rakyat China.Mahjong yang canggih.haha.

Kalau gini lah gayanya restoran romantik,buang duit kau je.

Pencipta mungkin tak sebijak yang disangka.Cuma kreatif.

Wah!Handy!

Hahaha.Cover yang sangat "Elit".
Macam mana?

Saturday, December 11, 2010

Tahi

Okay.Tajuk post kali ini agak jijiks.
Ya,tahi memang menjijikkan.tapi kenapa?
Ya,sebab ianya najis.
Tapi mengapa najis itu menjijikkan?
Kerana telah diberitakan kepada kita sejak zaman-berzaman,najis itu kotor.
Aku nak mengajak kita semua berfikir.Kenapa kalau benda itu kotor?ia perlu menjadi menjijikkan?kenapa ada benda kotor,tapi tak menjijikkan?
Ya.sebenarnya kita telah ditanam dan disemai oleh ibu bapa kita,datuk nenek kita,bahawa tahi itu adalah najis yang menjijikkan,dan habuk adalah najis yang tidak menjijikkan.
Sedar tak?tak ramai yang ingin mempertikaikan kefahaman kontemporari yang telah di kulturasikan oleh masyarakat stereotaip.
Ya.terutama sekali Orang Melayu.
Agak agak,mampu ke tak kita sebagai generasi seterusnya berevolusi,dan membuat revolusi?
Tahi hanyalah contoh minor yang langsung tiada kepentingan.

Wednesday, December 8, 2010

Mengular.

Dalam tutorial Teknologi Pendidikan 2.
Presentation presentation.
Assignment assignment.
Cikgu cikgu.
Alahai hidup sang student.
"Last-last aku update blog.Bengong." kata siapa?kata Mohammad Zulkiflie.

Meja Oh Meja

Observasi aku pada dunia perniagaan Melayu.
Masih belum begitu meluas skopnya.
Mungkin takut.Cuba kita lihat,Nama-nama berbahasa Melayu pada "billboard".Ada?
Pada kedai elektronik?Pada hotel?JARANG-JARANG.
Tapi pada papan kedai makan?BERLAMBAK.
Tapi masih disaingi papan-papan kedai mamak.
Sedikit inovasi mungkin boleh membantu?

Nak duduk mana?luar?dalam?

Tunggu order lambat tu mari le main dulu.heeee.

Alamak!janganberjalan sudah le~

Yang memakai kain jangan berdiri atas ni.

Game?

Agak-agak takut terlupa carik lah satu.Bankrap taukeh.

Masalah sudu garfu?

Berani makan atas ni?Atuk siapa.

Geli ke comel?hehehehe.

Wednesday, December 1, 2010

Kecoh-Kecoh

Selain budak-budak kolej aku,yang membaca ni kebanyakannya tengah final kan?
Untung.Sebab aku assignment tengah gile melambak.
tadi pegi mapley.
Aku kata,"Bos,teh tarik satu tadi aaa.1.50 kan?"
"Bungkus ka minum?"Mapley membalas.
"Err sudah minum tadi."
Dan mapley termalu lalu cepat-cepat menekan mesin kira wang.
p/s:Pemahaman lingual para mapley sangat teruk.Jadi bersabarlah.

Sunday, November 28, 2010

Bina Badan

Yeah.Aku pun berangan nak bina badan.
Tapi ada batas?Batas di sini?
Haa yang ini yang kita tak tahu.
Badan ke bola?

Bayangkan bagaimana beliau membuang air besar,di tandas jenis duduk yang sempit?

Agak-agak boleh Glide tak?
Melampaui batas,macam ni.

Saturday, November 27, 2010

Line Celcom Tak Elok?

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Gangguan yang dialami pengguna talian Celcom Axiata Berhad di Negeri Sembilan dan Selangor semalam berpunca daripada kehilangan signal kesaling hubungan node pertukaran utamanya di Kepong.

Kenyataan dikeluarkan syarikat itu memaklumkan, gangguan tersebut hanya berlaku selama 90 minit dan bukan enam jam seperti yang dilaporkan akhbar hari ini. 

Masalah itu pulih sepenuhnya pada jam 1.30 petang selepas tindakan pantas pihak Celcom mengaktifkan tapak bantuan di Subang Hi-Tech berserta proses bantuan tambahan yang lain. - Utusan.


Ni berita yang aku dapat.Hasil Google Search la.
Dah lama tak pakai Celcom.
Haish.Macam-macam.
Credibility?I would like to question it sometimes.

Namecards Memang Kool

Entah ye entah tidak.
Melayu meniaga jarang pakai namekad.
Mungkin rasa kurangnya sumbangan nemkad itu.
Kalau yang se kool ni boleh ke membantu?

Ni aku rasa PALING STYLE!

Sape banyak bulu.2 in 1.

Kalau bukak kad kepala jadi botak?

Nak bagi rasa dulu.

Ko bukak kedai mancis ke?

Nameard ke tag baju?

Ni Kool ke,Jimat ke,Malas?Tapi masih sempoi.

Tokey kedai makan boleh pakai.

Tokey kedai mainan kot.Tak pun action figure.

Scratch and get the truth. :)

Thursday, November 25, 2010

Panduan Mengurat Mohammad Zulkiflie

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan Mohammad Zulkiflie.
 2. Pandai memasak adalah antara ciri-ciri utama mengapa Mohammad Zulkiflie mudah terpikat dengan anda. 
 3. Mohammad Zulkiflie tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
4. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
5. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
 6. Jangan terlalu over nanti Mohammad Zulkiflie akan meluat pula dengan kamu! 
7. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.(Mohammad Zulkiflie dapat detect).


Jadi la macam bini saya!My one and only ye~Sorry;)
(Bajet Hot)
Pendek kata,jadilah diri sendiri.Lelaki lain juga sama macam Mohammad Zulkiflie.Kan?Kan?

Oh Penat.

Ruma kosong.
"Apasal duhh dorang tetibe tembak ke Genting?"aku kata.
"Ahh,kisah pulak aku.Aman jugak dok ruma tenang-tenang macam ni.Sewa masih bayar berlima.heeee~"aku kata lagi.
Orang gila monolog sorang-sorang.
*p/s:Dating aritu sangat seronok!^.^

Monday, November 22, 2010

Setahun Lagi

Pok tak abisang ngaduh tue doh doh
Mok dok badi kerah keng degan sape tak tahu.
Anak nak SPM aku pon kesian.
Tapi terima sahaja.
Asal dari mana lagi.Mereka juga.

Bosan

Hari ini bosan.
Menyirap.
Bank buat hal.
"Kenapa rasa macam palat hari ini?"Kata si anak Mat Dom.

Sunday, November 21, 2010

Ade Life Ke Tak Ada?

Pagi     : Kebun
Petang : Minum
Malam : Lepak
Maklum lah tengah cuti.
Balik nanti siap kau.

Lepak

Melepak tadi di kedai Zaid a.k.a Nasi Lemak Berkembar,budak Iwan
"Aku tadi pagi angkut motor manjang senget je motor tu atas Hilux.Dah la 120km/j je semput."
Hening.
"Hilux Pak Mat Kasim,nak buat macam mana,bapak kau drifter long distance." kataku.
"Ikat tangan kat stereng bawak kereta."kata Mat.
Berderai ketawa empat sekawan dan dua kawan baru UTEM di kedai nasi lemak.
Haish.Bilalah lagi.

Macam Bangang

Kajian menunjukkan mendengar muzik
yang TERLALU KERAS menyebabkan
perlakuan homoseksual pada tikus makmal.
Macam Bangang.
*Hardcore fans beware.

Woh Nyo

Baru balik darak.
Nyo payoh leni.
Sadak tak molek,galoh tak molek.
Darak semok.
Buleh 50 butir padan doh.
Aduh,nok kecing.
*Publishing in a rush.

Saturday, November 20, 2010

Kahwin?

Perbincangan dengan ibubapa baru sahaja berlalu.
Mungkin ringan,tetapi rasanya berjaya membuka mata mereka.
Money money money money.
It's a 100% HIS thing.
Apa la boleh dibuat lagi.
Tap tap tap tap.
krekkkkk.

Friday, November 19, 2010

His

It's a struggle.
His family.His parents.His sisters.
His wife.His studies.His future.
Just bear with me.

Marhaban

Aduh sekali-sekala balik.
Melayan orang tua.
Ikut ajelah.
Ape lagi boleh buat.*"sigh."

Ouchh

Malam ini sangat menyerabaikan.
Kenapakah.
Mungkin sebab Kain Pelekat dan Hujan.
"Apa boleh buat.Baju semua bersih sangat."Bisik si hati kecil.

Hahahaha

Kenapa aku tergelak?
Ada aku teringat satu quote berbunyi
"Life's so easy,just make it great!"
Bagi manusia-manusia dalam kasta-kasta tertentu
Mungkin ya.
Bagi aku,quote ni patut ditambah.
"Fuck that".

Mengajar

Aduh.Ajar adik-adik sangat susah.
Lagi-lagi yang keras kepala.
Bengang kan?

Kwanza

Apakah itu.
Tanpa rasa bersalah aku kata.Adakah ini plagiarisme.
"Ohh masih belum mencapai tahap.Kamu tidak sebagus itu."Aku kata.
Tak apalah.
Setakat ini saja dahulu.
The First