Total Pageviews

Wednesday, December 29, 2010

Seni Fotografi?

Seni ke bernasib baik?
Aku pun tak tahu.Tapi nak kata disengajakan,ini mustahil.

Bayangkan anda ikan itu.

Superman!(Kalau jatuh ni mati aku.)

Wah.Tayar memberi momentum kepada  motosikal untuk dilancarkan.

Mak nak tangan baru!


Aslinya gambar-gambar bukan milik penulis.Tetapi fotografer bertuah ini sangat saya sanjung ; )

Monday, December 27, 2010

Renaissance'

Seperti entri sebelum ini,masaalah yang kelihatan besar,sebenarnya hanyalah sangat minor,
dan memiliki resolusi yang sangatlah kecil.
Ya,memang ada terasa impak,kerana kami tidak jauh antara satu sama lain.
Saat resolvansi sebentar telah melegakan semua pihak.
Rupanya,ada pihak yang cuba menimbulkan pertelagahan dengan menimbulkan isu-isu cliche'.
Mungkin mereka fikir "perang senyap" berjaya di isytiharkan,tetapi tidak.

Kerana?


Tidak ada rahsia antara kami.

Sunday, December 26, 2010

Siapa Kenal

Siapa kenal Jimmy Lee?
Siapa kenal Manggis?
Siapa kenal Sergio Aragones?
Siapa kenal Dato' Lat?
Ya mereka adalah muse bagi sesiapa yang dikenali meluas dengan karya-karya bebas-plagiarisme sekarang.
Da n ada satu apek Malaysia mari sudah setaraf dgn mereka.
Yeah.

p/s : Malaysia lawan Indonesia tadi,kita menang 3-1.
Saya bangga jadi anak Malaysia.
(Walaupun bukan sepenuhnya Melayu).

Saturday, December 25, 2010

Waa Sudah Lama Update Tak Tercetus.Maaf.

Hoho.maaf semua.Mohammad Zulkiflie sudah lama tak update blog.
Bukan la apa.Aku sangat lah sibuk menyelenggara kaosme hidup sebagai pelajar kolej biasa.
"Ahh kau internet lembab sempat je kau buat alasan." Sindir hati kecil sendiri.
Aku merupakan jenis yang kurang memikirkan masalah-masalah remaja,kerana bagi aku,masalah
yang jauh lebih besar(mungkin tak besar mana) sedang membelenggu,lagi pula yang sedang menunggu.
Tapi yelah.Sebesar-besar sarang semut tu,takkan lah tak ada seekor pun yang terkena hujan kan.
Haii...
Walaupun aku rasa aku agak jauh ke depan,(perasan la kau),
kadang-kadang,behaviourisme dalam sesetengah figura humanistik agak payah untuk ditelan oleh jiwa yang lain.
Yeah,hairan luarannya agak mengikut norma lelaki-budak Nusantara urban yang biasa,
tetapi dalamannya terdapat sensitiviti feminin keterlaluan (sedikit)  memberi kesan seperti depresi kepada aku.
Ya walaupun aku faham mengapa,tetapi dengan had spiritual yang masih terkekang dengan batas umur,
Aku tidak dapat mengelak dari merasai,dan memandang sambil tersenyum menggeleng.

Cerita tikam belakang-depan-kiri-kanan.Dah macam betina lah pundek.

p/s : Nampak gaya ni macam pos aku yang paling panjang.Hahaha.
(Gelak sinikal menghina diri sendiri).

Wednesday, December 15, 2010

Sedikit Reparasi Teknologi dan Manusia

Dengan entri-entri sebelum ni yang serius dan anarkik,
Aku rasa kepala aku juga memerlukan sedikit kelegaan.
Walaupun rasanya tak ada pun mana-mana reaksionari kayu yang terusik dengan apa-apa yang aku cakap,pedulikan.
"Dah ko ni melalut je manjang macam la orang kisah sangat.Haha."Sambil menaip aku bermonolog.
Okeh.Teknologi.Orang sekarang,pelik-pelik.
Ada yang bodoh guna benda bijak,ada yang bijak bina benda bodoh.

Rakyat China.Mahjong yang canggih.haha.

Kalau gini lah gayanya restoran romantik,buang duit kau je.

Pencipta mungkin tak sebijak yang disangka.Cuma kreatif.

Wah!Handy!

Hahaha.Cover yang sangat "Elit".
Macam mana?

Saturday, December 11, 2010

Tahi

Okay.Tajuk post kali ini agak jijiks.
Ya,tahi memang menjijikkan.tapi kenapa?
Ya,sebab ianya najis.
Tapi mengapa najis itu menjijikkan?
Kerana telah diberitakan kepada kita sejak zaman-berzaman,najis itu kotor.
Aku nak mengajak kita semua berfikir.Kenapa kalau benda itu kotor?ia perlu menjadi menjijikkan?kenapa ada benda kotor,tapi tak menjijikkan?
Ya.sebenarnya kita telah ditanam dan disemai oleh ibu bapa kita,datuk nenek kita,bahawa tahi itu adalah najis yang menjijikkan,dan habuk adalah najis yang tidak menjijikkan.
Sedar tak?tak ramai yang ingin mempertikaikan kefahaman kontemporari yang telah di kulturasikan oleh masyarakat stereotaip.
Ya.terutama sekali Orang Melayu.
Agak agak,mampu ke tak kita sebagai generasi seterusnya berevolusi,dan membuat revolusi?
Tahi hanyalah contoh minor yang langsung tiada kepentingan.

Wednesday, December 8, 2010

Mengular.

Dalam tutorial Teknologi Pendidikan 2.
Presentation presentation.
Assignment assignment.
Cikgu cikgu.
Alahai hidup sang student.
"Last-last aku update blog.Bengong." kata siapa?kata Mohammad Zulkiflie.

Meja Oh Meja

Observasi aku pada dunia perniagaan Melayu.
Masih belum begitu meluas skopnya.
Mungkin takut.Cuba kita lihat,Nama-nama berbahasa Melayu pada "billboard".Ada?
Pada kedai elektronik?Pada hotel?JARANG-JARANG.
Tapi pada papan kedai makan?BERLAMBAK.
Tapi masih disaingi papan-papan kedai mamak.
Sedikit inovasi mungkin boleh membantu?

Nak duduk mana?luar?dalam?

Tunggu order lambat tu mari le main dulu.heeee.

Alamak!janganberjalan sudah le~

Yang memakai kain jangan berdiri atas ni.

Game?

Agak-agak takut terlupa carik lah satu.Bankrap taukeh.

Masalah sudu garfu?

Berani makan atas ni?Atuk siapa.

Geli ke comel?hehehehe.

Wednesday, December 1, 2010

Kecoh-Kecoh

Selain budak-budak kolej aku,yang membaca ni kebanyakannya tengah final kan?
Untung.Sebab aku assignment tengah gile melambak.
tadi pegi mapley.
Aku kata,"Bos,teh tarik satu tadi aaa.1.50 kan?"
"Bungkus ka minum?"Mapley membalas.
"Err sudah minum tadi."
Dan mapley termalu lalu cepat-cepat menekan mesin kira wang.
p/s:Pemahaman lingual para mapley sangat teruk.Jadi bersabarlah.